Bengkel Ttt Pengurus&Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus & Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019 telah diadakan pada 13 Januari yang lalu bertempat di Pusat Internet Jerlun. Pelbagai pengisian baharu telah diterapkan untuk meningkatkan kemahiran mengurus dan pengetahuan ICT kepada para peserta kursus. Bengkel yang telah dihadiri oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet ini adalah daripada kluster Kubang Pasu, Alor Setar, dan Yan. Pihak SKMM juga menyertai untuk mengendalikan kursus ini serta turut merasmikan bengkel berkenaan. Aktiviti sebergini yang sering diadakan setiap tahun adalah bertujuan agar matlamat penubuhan pusat internet dapat dicapai sepenuhnya menerusi pengurusan yang cekap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: